Keterampilan Membaca
LAPORAN BBM
Sunday, 3 December 2017 ?0 Awesome People?
BMK3033 KETRAMPILAN MEMBACA
TAJUK TUGASAN 2- BERKUMPULAN

                                                   BAHAN BANTUAN MENGAJAR
 
DISEDIAKAN OLEH
NAMA
NO. MATRIK

1.      MUHAMMAD AMIN BIN ZAID SAIDI

2.      AZILAH BINTI MARUDIN

3.      SITI NORMAZIRA BINTI ZAKI

4.      NOOR SUHANA BINTI MOHD SHUHAIMI

5.      SARAH AFIQAH BINTI SAIFUL BAHRI
         (D20161074300)

(D20161074339)
       
  (D20161074350)
        
(D20161074449)

(D20161074382)

KUMPULAN: B
NAMA PENSYARAH : DR. DAHLIA BINTI JANAN
TARIKH SERAH: 4 DISEMBER 2017
SENARAI KANDUNGAN
Bil.
Tajuk
Halaman
1.0
Pengenalan
3-4
2.0
Definisi Bahan Bantu Mengajar (BBM)
5-6
3.0
Jenis- Jenis Bahan Bantu Mengajar (BBM)
6-7
4.0
Kebaikan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
8-9
5.0
Kekurangan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
10
6.0
Mengapa Bahan Bantu Mengajar(BBM) Diperlukan
11-12

BIBLOGRAFI

1.0  PENGENALAN
Subjek Sejarah antara mata pelajaran yang wajib diajarkan dan lulus di sekolah rendah dan menengah. Bagi menjamin keberkesanan mata pelajaran ini kepada para pelajar, maka tenaga pengajar perlu mengetahui teknik yang betul dan sesuai untuk mengajar mata pelajaran Sejarah. Oleh itu, bahan bantuan mengajar merupakan elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

Secara amnya, kriteria-kriteria dalam memilih bahan bantu mengajar (BBM) antaranya ialah BBM itu haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan. Selain itu, bahan bantu mengajar (BBM) harus mengandungi idea-idea dan reka bentuk yang asli dan tersendiri. Seterusnya, bahan bantu mengajar (BBM) boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau boleh juga digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Dengan perkataan lain, guru boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat dengan adanya bahan bantu mengajar (BBM). Murid-murid pula dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, penuh minat dan lebih kekal dalam ingatan. Bukan itu sahaja, reka bentuk bahan bantuan mengajar (BBM) juga hendaklah menarik dan berkesan untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid, alat ini harus disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarna. Bahan bantuan mengajar (BBM) harus disediakan dengan perbelanjaan yang rendah dan dalam masa yang singkat. Tiada gunanya membuat bahan bantuan mengajar (BBM) dengan perbelanjaan yang terlalu tinggi dan menggunakan masa yang lama untuk menyediakannya sedangkan belum tentu pelajar akan memberikan fokus dan minat sepenuhnya.
Bahan bantuan mengajar (BBM) harus disediakan dalam saiz dan berat yang sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan. Bahan bantu mengajar (BBM) yang terlalu berat dan besar akan mengganggu kelancaran penyampaian guru atau penggunaan murid. Sumber pengajaran-pembelajaran haruslah mengandungi nilai-nilai murni yang tinggi. Guru tidak harus menggunakan bahan-bahan seperti gambar yang tidak sopan, misalnya memakai baju yang menjolok mata atau menggunakan bahan-bahan yang mengandungi unsur negatif.
Menurut Eima Afif (2011), menyatakan bahawa terdapat beberapa garis panduan dalam pemilihan BBM yang bersesuaian. Antaranya ialah sesuai, mencabar, menarik, menepati, jimat dan mudah, praktikal serta mudah alih.  Menurutnya lagi, perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan, dimana konsep sesuatu mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan keterangan berkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh pelajar seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu.
Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan kes sesuai dengan perkara berikut:
a)      Objektif dan matlamat pengajaran bahasa
b)      Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
c)      Keadaan pelajar
d)     Suasana Pembelajaran

2.0 DEFINISI BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera iaitu melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya yang merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Atan Long (1981) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu alat pendengaran, alat-alat pandangan dan juga alat pandang-dengar. Noraziah Hamid (1981) pula membahagikan BBM kepada dua multimedia iaitu multimedia elektronik dan media bukan elektronik. Demikian juga, Hanapiah Sudin (1979) dan juga Khairiah Ahmad (1980) pula mengkelaskannya kepada dua bentuk iaitu bentuk “software” dan bentuk “hardware”.
            Ngui Kuen Sang (1981) pula menyatakan bahawa kita tidak memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik mempersetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang. Atan Long (1982) turut menyatakan bahawa BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya seperti dalam bentuk buku, carta atau diletakkan pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan Bahan Bantu Mengajar. Thomas, R. Murray, Swartout, Sherwin G (1963) pula menyatakan “...hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.”
            Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh dikategorikan kepada tiga kategori:
A.    Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur, slaid, overhead projector (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam, CD, komputer, radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya.
B.     Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik seperti suara, gambar, carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan sebagainya.
C.     Bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan maujud (realiti) dan sebagainya.

3.0 JENIS-JENIS
Menurut Brown J.W. (1983), bahan bantuan mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan bantuan mengajar bukan hanya terhad kepada buku teks, papan tulis, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar.
 Bahan bantuan mengajar yang digunakan oleh guru sekurang-kurangnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bahan bantu mengajar bukan elektronik, bahan bantu mengajar elektronik serta bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar. Namun walau apa jua kategori bahan bantu mengajar yang digunapakai oleh seseorang guru dalam pengajarannya, matlamatnya adalah untuk  memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu bersifat verbalistik, mengatasi keterbatasan ruang, mengatasi sifat pasif pelajar dan memberi rangsangan mempersamakan pengalaman  dan membangkitkan persepsi di kalangan pelajar.
Bahan bantuan mengajar ini akan lebih berkesan sekiranya guru tersebut yang menghasilkan. Hal ini demikian, guru itu yang lebih mengetahui akan tahap kefahaman pelajarnya di dalam kelas. Bahan bantu ini haruslah sesuatu yang akan menarik minat serta memudahkan pelajar itu untuk mengingati pembelajaran di dalam kelas. Menurut Abdullah (2015), berdasarkan BBM yang digunakan oleh guru, kaedah ingatan melalui imej dan visual adalah kaedah yang terbaik kepada pelajar untuk mengingat semula hafalan.Walaupun bahan itu nampak ringkas namun sekiranya ia kreatif dan inovatif, bahan tersebut akan membuatkan pelajar tersebut tertarik dengan pengajaran yang guru sampaikan. Hal ini kerana, pelajar pada zaman sekarang lebih tertarik kepada sesuatu yang unik yang boleh membuatkan mereka teruja akan sesuatu benda. Dengan kajian ini kami telah menggunakan teknik KWL. Teknik KWL ini merupakan satu prosedur untuk membantu meransang pemikiran atau minda pelajar secara aktif semasa proses membaca. Teknik ini terbina daripada akronim perkataan Bahasa inggeris KWL, yang membawa maksud:
K (KNOW) : Apa yang saya tahu?
W (WHAT) : Apa yang ingin saya tahu?; dan
L (LEARN) : Apa yang saya pelajari?
           
Pelaksanaan teknik KWL dalam bilik darjah ataupun penggunaannya secara individu untuk tujuan pembacaan secara kritikal. Teknik ini juga memandu pelajar untuk menjelajahi topik yang dikaji daripada pelbagai perspektif dan membantu pelajar mencipta pembacaan yang lebih efektif untuk diri sendiri. Dalam tugasan ini, kami telah menyediakan cardboard dan nota kecil. Para pelajar diminta lekatkan atau tampal nota kecil tersebut di bahagian cardboard bagi mengemukakan pengetahuan sedia ada tentang artikel (Masyarakat Arab Jahiliah Sebelum Nabi Muhammad S.A.W dilantik sebagai Rasul) yang diberikan. Oleh yang demikian, bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan proses pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan menjadikan pembelajaran itu lebih baik dan menarik.

4.0 KEBAIKAN BAHAN BANTU MENGAJAR
Penggunaan BBM yang berkesan berjaya menarik minat murid dan mengekalkan situasi pengajaran yang lebih menarik. BBM yang menggunakan pelbagai deria akan memberikan kesan dalam menerangkan sesuatu konsep kepada pelajar, khususnya konsep yang abstrak. Bahan bantu mengajar menjadi salah satu pelengkap untuk membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar dilihat menjadi aspek penting dalam pembelajaran kerana bahan bantu mengajar yang penuh dengan kreativiti ini mampu membantu pelajar meningkatkan daya rangsangan ketika belajar. Pelbagai bahan yang boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar, bukan sahaja buku teks, gambar-gambar atau papan hitam malah terdapat banyak lagi bahan bantu mengajar sesuai dengan perkembangan semasa. Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar mempunyai kebaikannya tersendiri bagi pelajar dan guru.
Kebaikan penggunaan bahan bantu mengajar ini dapat merangsang minda pelajar untuk belajar. Di sekolah penggunaan buku teks sebagai bahan bantu mengajar memang tidak asing lagi. Namun, sejauh manakah penggunaan buku teks ini mampu merangsang minda para pelajar. Hal ini kerana, di dalam buku teks terlalu banyak kandungan ayat sehingga boleh menimbulkan rasa bosan dalam diri pelajar. Sekiranya, guru mempelbagaikan bahan bantu mengajar mereka dengan mengedarkan bahan bacaan bergred yang menarik mampu memberikan kelainan buat pelajar. Bahan bantu mengajar penting untuk menarik minat pelajar dan menjadi instrument dalam membantu pemahaman pelajar. Bahan bantu mengajar dikatakan dapat merangsang minda para pelajar juga memberi sumbangan  yang besar dalam meningkatkan mutu pembelajaran. Secara tidak langsung, bahan bantu mengajar ini mampu membantu para guru untuk menyelesaikan kaedah pengajaran yang sentiasa berubah.
Kedua, bahan bantu mengajar dilihat dapat mencetuskan minat pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar yang berbeza boleh menarik minat pelajar untuk belajar. Hal ini kerana, peralatan yang digunakan dapat menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran. Sebagai contoh, seorang guru yang masuk ke kelas dengan membawa sebuah kotak atau kad-kad yang berwarna-warni jelas menimbulkan tanda tanya dalam diri pelajar. Secara tidak langsung, cara ini mencetuskan minat pelajar untuk belajar kerana keterujaan dengan bahan bantu mengajar yang dibawa oleh guru tersebut. Jika penggunaan bahan bantu mengajar dan penyampaian yang dibuat oleh guru adalah jelas dan teratur, adalah tidak mustahil untuk mencetuskan minat dalam diri pelajar untuk belajar meskipun berada di kelas yang lemah. Penggunaan bahan bantu yang sesuai jelas akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan. 
Seterusnya, penggunaan bahan bantu ini dapat menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Kaedah pengajaran yang dibuat berbeza dengan kelas-kelas sebelumnya yang lebih kepada buku teks jelas dapat menghasilkan suatu suasana pembelajaran yang lebih efektif. Sebagai contoh, penggunaan bahan bantu mengajar berdasarkan multimedia amat digalakkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ini. Bahan bantu mengajar berdasarkan multimedia membantu pelajar untuk mengingat sesuatu perkara apabila dipaparkan gambar yang mampu menarik perhatian mereka Hal ini dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat dan berkesan.
Selain itu, bahan bantu mengajar bukan sahaja dapat menarik minat para pelajar malah dapat membantu mengetengahkan konsep. Pemilihan bahan bantu mengajar yang baik akan menjadi bahan bantu yang berkesan buat pelajar. Oleh itu, dengan adanya bahan bantu mengajar guru-guru dapat mengetengahkan konsep pembelajaran supaya lebih mudah diterimaa dan diaplikasikan oleh para pelajar sesuai kebolehupayaan para pelajar tersebut.
Suasana di dalam bilik darjah akan menjadi lebih hidup dengan adanya bahan bantu mengajar. Kebaikan bahan bantu mengajar ini akan menggalakkan para pelajar bergiat aktif dalam bilik darjah. Proses pembelajaran yang berlaku bukan sahaja berpusat pada guru malah juga berpusat kepada pelajar kerana setiap bahan bantu yang disediakan oleh guru mempunyai aktiviti dan tujuan yang tersendiri.

5.0 KEKURANGAN BAHAN BANTUAN MENGAJAR
Jika kita perhatikan, bahan bantu mengajar (BBM) sememangnya tidak mempunyai kekurangan secara mata kasar kerana tujuan utama bahan bantu mengajar adalah menutup sebahagian kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Tetapi kelemahan itu dapat dilihat daripada sikap pelajar atau pembaca yang enggan mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh guru. Hal ini demikian kerana, setiap kali mengikuti langkah-langkah yang telah ditentukan, pelajar dikehendaki membaca dan selepas itu mencatat apa yang diperolehi. Teknik KWL ini mempunyai tiga peringkat iaitu K(KNOW), (WHAT) dan (LEARN). Setiap peringkat dikehendaki membaca dan mencatat apa yang tahu dan faham. Situasi ini telah memakan masa yang agak panjang dan membuatkan pelajar merasakan bosan. Daya tumpun pelajar kian berkurang dan tahap kefahaman pelajar tentang topik berkenaan akan turut kabur.
Selain itu, teknik KWL ini hanya sesuai untuk subjek membaca atau berkaitan buku-buku ilmiah sahaja seperti Sejarah dan Geografi. Skop untuk menggunakan teknik ini kepada subjek lain agak terbatas misalnya Matematik.

6.0 MENGAPAKAH BAHAN BANTU MENGAJAR DIPERLUKAN
Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964), Bahan Bantu Mengajar (BBM) sangat diperlukan kerana BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep. BBM yang kreatif dan menarik mampu dijadikan sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal. Pengalaman sebenar dalam diri pelajar khususnya boleh meransangkan aktiviti secara sendiri atau berkumpulan di kalangan mereka serta dapat juga membina pemikiran yang berterusan seperti melalui filem bergerak. Demikian juga, BBM dapat juga membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar dan juga boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.
            Kamarudin Hj. Husin (1988) pula merumuskan kepentingan BBM adalah seperti dapat memberi rangsangan dan menarik minat murid-murid untuk mempelajari sesuatu perkara. Hal ini demikian kerana BBM menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan dapat mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan lagi oleh murid-murid. BBM juga dapat membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. Selain itu, BBM juga dapat mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid, menjimatkan masa, dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid dan juga mewujudkan aktiviti yang menyeronokkan murid-murid.
            Sebab lain bagi menjawab persoalan mengapakah perlunya Bahan Bantu Mengajar adalah untuk mewujudkan daya kreativiti yang tinggi dalam diri seorang guru. Nilai seni BBM adalah diberi perhatian serius kerana salah satu syarat untuk menjadi seorang guru yang baik kerana pembinaannya mempunyai nilai kreativiti yang baik. Contohnya di dalam seni lukis, seni ukir, seni sastera, seni suara dan sebagainya. Mata pelajaran yang memerlukan penulisan yang cantik seperti seni khat atau tulisan rumi dan jawi perlu dihidupkan semula. Tulisan guru-guru dahulu sungguh cantik, kemas, menarik dan jelas sudah tentu menghasilkan BBM yang menarik seperti tulisan pada kad-kad imbasan, kad-kad ayat, papan hitam, papan gulung, carta-carta dan sebagainya. Begitu juga hasil-hasil karya sastera seperti puisi-pantun, syair, gurindam dan sajak adalah ditulis dan diciptanya sendiri dan mereka ini tekun dan merasa puas dengan hasil karyanya tanpa mengharapkan pujian atau penghargaan dari org lain.
            Berdasarkan pameran Bahan Bantu Mengajar melalui penggunaan petikan yang sesuai, kumpulan kami iaitu kumpulan gabungan bidang Sejarah dan Geografi telah menggunakan petikan Sejarah iaitu bertajuk “Masyarakat Arab Pada Zaman Jahiliah” serta telah menggunakan Teknik Pengajaran KWL. Bahan Bantu mengajar yang paling sesuai difikirkan dan yang telah dilaksanakan oleh kumpulan kami ialah penggunaan 2 keping cardboard berwarna untuk jadual KWL dan juga prosedur bagi menjalankan teknik KWL, gambar yang bersesuaian seperti gambar masyarakat jahiliah yang diletakkan pada straw, penggunaan emoji, sebuah dadu yang diperbuat daripada kotak serta penggunaan notecard yang berfungsi sebagai maklumat yang dilekatkan peserta ke atas cardboard jadual KWL.
            Hal ini demikian kerana sebagaia seorang guru, kita perlulah kembali kepada asas mengapa menggunakan BBM. Bilangan murid sekolah rendah yang puratanya 30-35 orang masih belum mengcukupi untuk disediakan BBM yang berbentuk elektronik khususnya sekolah di luar bandar. Dengan terwujudnya Kelas Bestari, maka timbullah masalah ketidakcukupan komputer untuk menyokong pengajaran. Dalam hal inilah kreativiti guru sangat diperlukan dalam menghasilkan BBM yang boleh menjadi alat gantian kepada media elektronik ini. Dengan sebab itulah guru perlu cekap, kreatif dan aktif mencipta BBM sebagai gantinya.

BIBLOGRAFI
Abdullah, M., Abdullah, A. H., & Rosman, A. S. (2015). Identifikasi peranan ibu bapa dalam  kelangsungan pendidikan tahfiz anak. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan 2015 (IsPEN2015). pp. 151 – 162.
Atan Long. (1982). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Eima Afif. (2017). Pembinaan Bahan Bantu Mengajar. http://www.academia.edu/6296312/BAHAN_BANTU_MENGAJAR diakses pada 3 Disember 2017.
Hanapiah Sudin. (1982). Pengajaran Pembelajaran Lisan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Jasmi, K. A., Ilias, M. F., Tamuri, A. H. & Mohd Hamzah, M. I. (2011). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru cemerlang pendidikan Islam sekolah menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education. 3(1), pp. 59-74.

Terima Kasih kepada yang membaca ♥

. Newer Post

// Lighters Piano Version